fbpx

DBKL ubah arah laluan di Lorong Panggung mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peta arah laluan baharu Jalan Panggung yang dikongsi DBKL.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan bahawa arah laluan di Lorong Panggung, Kuala Lumpur akan diubah berkuat kuasa esok pukul 12.01 pagi.

Menerusi satu kenyataan, Jabatan Perancangan Korporat DBKL berkata, pengguna dari Jalan Panggung dibenarkan menuju ke Jalan Tun H. S. Lee melalui Lorong Panggung ke arah Balai Polis.

“Objektif perubahan aliran trafik ini bertujuan bagi kelancaran aliran trafik dan berusaha memastikan keselamatan terjamin serta memudahkan pengguna jalan raya di kawasan pusat bandar Kuala Lumpur.

“Semua pengguna jalan raya diingatkan untuk mematuhi papan tanda arah dan keselamatan bagi memastikan tidak berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, kerjasama daripada semua pengguna jalan raya adalah amat dihargai. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI