fbpx

Covid-19: 2,356 kes dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 2,356 kes semalam termasuk lima kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,746,894 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 1,875 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,717,292 orang.

Kata laman web itu, sebanyak 31,463 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan pertambahan sejumlah negatif 472.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 775 diikuti Kuala Lumpur (479), Sabah (227), Perak (175), Negeri Sembilan (127), Pulau Pinang (104), Melaka (97) dan Johor (86).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Sarawak (62), Pahang (59), Kelantan (49), Kedah (42), Terengganu (28), Putrajaya (25), Labuan (11) dan Perlis (10),”kata maklumat itu hari ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 12 kematian dilaporkan dengan tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,225.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,699 setakat ini.

Sebanyak 30,084 kes dikuarantin di rumah, 20 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,285 kes di hospital, 28 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 46 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI