fbpx

31 kanak-kanak AS dijangkiti cacar monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pakar kesihatan memberi amaran jangkitan cacar monyet ke atas kanak-kanak boleh mengakibatkan simptom lebih teruk berbanding dewasa. - Healthline

AUSTIN, Texas – Seramai 31 kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) disahkan positif wabak cacar monyet, lapor stesen penyiaran Fox News semalam.

Memetik kenyataan beberapa pegawai,  terdapat 11 negeri melaporkan kes cacar monyet melibatkan kanak-kanak.

Sembilan kes cacar monyet dalam kalangan kanak-kanak dikesan di negeri Texas, manakala empat lagi melibatkan kanak-kanak bawah umur 4 tahun di negeri Florida.

Pada Julai lalu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) memberi amaran bahawa bukti awal menunjukkan kanak-kanak bawah umur lapan tahun mengalami simptom lebih teruk jika dijangkiti cacar monyet.

Data CDC  menunjukkan sebanyak 18,989 kes cacar monyet dan orthopoxvirus dicatatkan di  seluruh AS.

Kes cacar monyet juga telah dikesan di semua 50 negeri AS. Kebanyakan kes cacar monyet dilaporkan di New York dan California dengan masing-masing mencatat sebanyak  3,310 dan 3,629 kes. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI