fbpx

Tiada rompakan di Genting Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman video yang mendakwa berlaku rompakan di Genting Highlands semalam.

BENTONG – Polis mengesahkan tiada kejadian rompakan yang berlaku di kasino dekat Genting Highlands di sini seperti yang tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, setakat ini tiada laporan diterima pihak polis daripada mana-mana pihak mengenai kejadian itu.

“Pihak polis telah menjalankan siasatan dan mengesahkan tidak berlaku kejadian rompakan sebagaimana didakwa di dalam video dan audio yang ditularkan di media sosial.

“Polis memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menularkan sesuatu yang boleh menimbulkan kegusaran atau menjejaskan ketenteraman awam,”katanya di sini.

Semalam tular dalam akaun Tik Tok milik @5ZONESMALAYSIA’ menyatakan berlaku rompakan di Genting Highlands.

Video berdurasi 1.19 minit itu menyatakan kasino tidak dapat masuk dan orang dalam kasino tidak dapat keluar yang berkemungkinan berlaku kes rompakan atau kebakaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI