Oleh Shiffa Najihah Abdul Rahman Baru-baru ini, saya mengambil keputusan untuk bercuti secara solo bagi menenangkan fikiran dan ‘lari’ seketika daripada masalah kerja. Memandangkan saya belum pernah bercuti ke mana-mana destinasi secara sendirian, timbul perasaan bimbang untuk pergi ke lokasi yang jauh. Maklumlah, kita baru dibenarkan merentas negara selepas begitu lama ‘terkurung’ ekoran pandemik Covid-19, jadi tidak begitu berani untuk melancong ke luar negara biarpun ke negara jiran seperti Thailand dan Indonesia. Justeru, saya memilih untuk berkunjung ke Pulau Langkawi,……