fbpx

Liga Super: Gol Saddil bantu Sabah ikat KL City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akram Mahinan (jersi putih) meledak gol kedua KL City ketika mengikat Sabah 2-2 di Stadium Likas, sebentar tadi. - FOTO: IHSAN FACEBOOK MFL

BINTANG import dari Indonesia, Saddil Ramdani muncul penyelamat Sabah apabila menyumbangkan satu gol untuk mengikat Kuala Lumpur City 2-2 di Stadium Likas, sebentar tadi.

Selepas turut seri 1-1 dengan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), 17 Ogos lalu, satu mata yang diraih kali ini nyata mengundang rasa resah buat pengendali The Rhinos, Datuk Ong Kim Swee sekaligus menafikan hasrat untuk cuba menjarakkan diri dengan pencabar terdekat, Negeri Sembilan yang kini berada di tangga ketiga.

Ketika Sabah melepaskan beberapa peluang terbaik, KL City nyata berjaya memanfaatkan situasi bola mati terutamanya menerusi sepakan percuma ketua pasukan, Paulo Josue yang berjaya jadi pencetus kepada kedua-dua gol The City Boys.

Kuala Lumpur City hanya memerlukan lima minit di babak pertama untuk berada di depan menerusi tandukan Giancarlo Gallifuoco yang menyambut sepakan percuma Josue dari arah kiri gawang Sabah.

Selepas itu, Sabah segera menunjukkan reaksi balas dengan mencipta beberapa peluang merbahaya sebaliknya kecemerlangan pertahanan dan penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza berjaya menafikan hasrat tuan rumah untuk memperoleh gol penyamaan.

Sedikit kesilapan yang dilakukan pemain pelawat pantas dimanfaatkan Sabah untuk memperoleh gol penyamaan menerusi pemain pertahanannya, Dominic Tan pada minit ke-47.

Minit ke-60, Akram Mahinan yang menjadi punca kepada gol penyamaan tuan rumah pantas menebus kesilapan apabila kembali meletakkan KL City di depan, juga menerusi tandukan selepas menerima hantaran berkualiti daripada Josue.

Bagaimanapun, Saddil muncul hero buat Sabah apabila meledak gol penyamaan menerusi sepakan percuma pada minit ke-85. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI