fbpx
GAMBAR pada 20 Julai lalu menunjukkan seorang pekerja penghantaran menunggang skuter di jalan di Shenzhen, wilayah Guangdong. - AFP

Lembah silikon China ‘lockdown’ 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – China mengarahkan penutupan pasar elektronik terbesar di bandar Shenzhen sebagai usaha mengekang wabak baharu Covid-19, lapor agensi berita United press International (UPI) semalam.

Pada Isnin lalu, pemerintah mengarahkan penduduk yang tinggal di enam daerah di Shenzhen, tenggara China supaya berada di rumah selama empat hari susulan langkah pencegahan dan kawalan Covid-19. Perintah itu dikuatkuasakan sehingga esok.

Sepanjang tempoh itu, penduduk hanya dibenarkan keluar untuk menjalani ujian saringan setiap hari di lokasi yang ditetapkan, membeli keperluan harian, membuang sampah dan mendapatkan rawatan perubatan kecemasan, demikian menurut kenyataan pemerintah.

Hanya seorang daripada setiap isi rumah dibenarkan keluar pada masa tertentu itu.

Penutupan selama empat hari itu berlaku selepas pihak berkuasa melaporkan 24 kes baharu Covid-19 yang disahkan dan menular secara tempatan termasuk 11 kes asimtomatik tempatan pada Isnin lalu.

Bandar Shenzhen juga melaporkan tiga kes import yang disahkan dan tiga kes asimtomatik dari luar negara. Semua pesakit diarah menjalani kuarantin setelah tiba sebelum dipindahkan ke hospital.

Semua perniagaan di kawasan yang terjejas telah ditutup kecuali pasar raya, farmasi dan hospital. Aktiviti makan di restoran juga dilarang dengan pekerja swasta dan kakitangan awam kurang penting diarah bekerja dari rumah.

China sudah lama menguatkuasakan dasar toleransi sifar Covd-19 yang ketat. 

Shenzhen mempunyai populasi lebih 17 juta penduduk. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN