fbpx

Indonesia naik taraf aplikasi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aplikasi PeduliLindungi akan diguna pakai oleh delegasi asing semasa kemuncak persidangan G20 di Bali pada November ini. - Tribunnews

JAKARTA – Kementerian Kesihatan Indonesia memaklumkan bahawa pihaknya sedang menyediakan aplikasi PeduliLindungi dalam 14 bahasa asing, lapor laman berita Tribunnews, kelmarin.

Ini bagi memastikan para tetamu Sidang Kemuncak  Negara Kumpulan 20 (G20) mendapat standard perkhidmatan kesihatan yang tertinggi.

Timbalan Menteri Kesihatan Indonesia, Profesor Dr. Dante Saksono Harbuwono berkata, pada masa ini PeduliLindungi hanya tersedia dalam 9 bahasa dengan selebihnya masih dalam proses.

“PeduliLindungi tersedia dalam sembilan bahasa dan lima bahasa lagi akan ditambahkan agar setiap negara berupaya memuat turun dalam bahasa mereka” kata Dante.

Dante menjelaskan, menyentuh mengenai  protokol kesihatan standard, semua perwakilan diwajibkan mempunyai dos vaksinasi yang lengkap dan direkodkan di PeduliLindung sebelum berlepas dari negara masing-masing.

“Delegasi dijangka mempunyai insurans kesihatan atau insurans perjalanan yang menjamin penjagaan hospital termasuk Covid-19,” ujarnya.

Di lapangan terbang, Kementerian Kesihatan menyediakan perkhidmatan pengesahan sekiranya sijil vaksinasi belum disahkan.

Senarai 14 bahasa yang akan disediakan menerusi aplikasi itu adalah Indonesia, Inggeris, Cina, Perancis, Rusia, Arab, Sepanyol, Korea, Portugis, Jerman, Itali dan Turki. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI