fbpx

Abang Bomba keluar baris, jumpa Azhar Idrus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar anggota bomba yang bergambar dengan Azhar Idrus turut dikongsi di laman sosial pasukan keselamatan itu.

PETALING JAYA – Pelbagai peristiwa lucu dan unik yang berlaku sepanjang sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 yang diadakan di seluruh negara semalam.

Menerusi satu video tular yang berlaku ketika sambutan Hari Kemerdekaan 2022 di Terengganu, beberapa anggota bomba dilihat meninggalkan barisan mereka.

Kisah mencuit hati itu berlaku apabila mereka ternampak penceramah terkenal yang juga berasal dari Terengganu, Ustaz Azhar Idrus yang sama-sama menyaksikan perarakan tersebut.

Anggota-anggota terbabit sanggup keluar baris dan berhenti untuk bersalam dan bergambar dengan penceramah selebriti tersebut.

Rata-rata orang ramai yang menyaksikan klip tersebut juga turut terhibur dan menyifatkan anggota-anggota Bomba itu begitu menghormati golongan agama seperti Azhar Idrus.

“Aku paling lucu apabila mendengar apa yang Ustaz Azhar cakap dalam video tu, dia cakap ini pasukan tangkap ular ni.

“Ustaz juga ada sedikit bergurau dengan anggota-anggota terlibat dan menyuruh mereka berbaris semula. Hormat betul mereka pada ustaz,” jelas Helmi Bezza.

“Kalau dah memang orang sayang, dekat mana pun orang akan hormat. Betul-betul respek dengan mereka ni.

“Ustaz juga turut luangkan masa dengan keluarga dan duduk beramai-ramai dengan hadirin lain di tepi jalan,” kata Hazliza Mansyah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI