fbpx

Terjun tingkat 21 selepas berselisih faham dengan teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perselisihan faham dengan teman wanita dipercayai menjadi punca seorang lelaki terjun dari tingkat 21 kediaman dalam kejadian di pangsapuri OUG Parklane di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, lelaki itu tinggal bersama teman wanitanya dalam salah sebuah unit pangsapuri berkenaan.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham bersama teman wanita sebelum lelaki berusia 20-an itu terjun dari tingkat 21.

“Mangsa kemudian terjatuh di tingkat tujuh bangunan yang sama berhampiran dengan kolam renang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Amihizam, hasil siasatan awal di lokasi kejadian tidak menjumpai apa-apa tanda yang mengaitkan dengan unsur jenayah.

Susulan itu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Tambahnya, polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini tampil memberi keterangan di Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau hadir di mana-mana balai polis berdekatan.

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI