fbpx

Sultan Perak berkenan hadir Sambutan Hari Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin mengibarkan bendera pada majlis sambutan Hari Kebangsaan 2022 peringkat negeri Perak di pekarangan Dewan Bandaran Ipoh hari ini. Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menghadiri majlis sambutan Hari Kebangsaan 2022 peringkat negeri di pekarangan Dewan Bandaran Ipoh di sini hari ini.

Baginda berdua tiba kira-kira pukul 8.20 pagi dengan ditemani dua anakanda, Raja Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya.

Turut berangkat, Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Ketibaan baginda berdua disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri Datin Seri Aezer Zubun, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

Sambutan bermula dengan perarakan masuk panji unit dan kawalan kehormatan utama dengan iringan pasukan pancaragam KD Pelanduk Tentera Diraja Malaysia (TLDM).

Sultan Perak kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) 2 Division Kem Sangro, Taiping.

Sementara itu, lebih 20,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2022 peringkat negeri yang bermula pukul 8 pagi dan tamat pukul 10.30 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI