fbpx
KAJIAN terbaharu mendapati air hujan tidak selamat untuk diminum secara terus. – GAMBAR HIASAN

Saintis kata air hujan tak selamat diminum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADA pandangan mata kasar, air hujan kelihatan seperti air bersih yang tidak membahayakan.

Bagaimanapun, jika seseorang itu mempunyai keinginan untuk meminum air hujan, ia harus dipertimbangkan banyak kali.

Berdasarkan laporan daripada Live Science, air hujan sebenarnya mengandungi banyak bahan mikroskopis yang dikeluarkan sebelum ia dipam ke saluran air untuk digunakan.

Melalui penelitian Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Amerika Syarikat, terdapat sejumlah besar pencemaran pada air hujan seperti bakteria, virus, parasit, debu, partikel asap dan bahan kimia lain.

Para penyelidik mendapati, air hujan di seluruh dunia mempunyai bahan PFAS beracun yang melebihi tingkat selamat untuk kesihatan.

Penemuan ini menunjukkan bahawa air hujan jelas tidak selamat untuk diminum, terutamanya jika tidak dirawat.

PFAS adalah istilah kolektif untuk lebih daripada 1,400 bahan kimia dan bahan buatan manusia yang digunakan untuk pelbagai produk.

Penulis utama kajian, Ian Cousins yang merupakan seorang ahli kimia di Universiti Stockholm di Sweden mengatakan, pemahaman tentang bahaya kandungan PFAS masih kurang bagi kebanyakan orang.

“Pemahaman masa ini adalah tentang kesan biologi terutamanya berdasarkan kajian perfluoroalkil yang merupakan sub kelompok bagi PFAS.

“Penelitian sebelumnya menunjukkan, bahan kimia ini sangat berbahaya dan dapat menyebabkan pelbagai masalah termasuk kanser, komplikasi kehamilan, masalah usus, hati dan tiroid,” katanya.

Tambahnya, bahan kimia PFAS juga berpotensi menurunkan keberkesanan vaksin bagi kanak-kanak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN