fbpx

Rapid KL terpaksa henti operasi LRT akibat sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Stesen Bandaraya yang sesak dipenuhi orang ramai pagi tadi.

PETALING JAYA – Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek dan Bandaraya terpaksa dihentikan sementara pagi tadi daripada mengambil penumpang atas faktor keselamatan.

Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan, penutupan sementara itu terpaksa dibuat ekoran keadaan dua stesen tersebut terlalu sesak dengan pengunjung sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 hari ini.

Bagaimanapun, kedua-dua stesen terbabit sudah kembali beroperasi seperti biasa pada pukul 10 pagi tadi.

Terdahulu, operasi dua stesen berkenaan terpaksa dihentikan sementara atas faktor keselamatan selepas dipenuhi orang ramai seawal pukul 4 pagi.

“Penumpang bagi Laluan Ampang/Sri Petaling/Kajang dinasihatkan untuk menggunakan stesen altenatif seperti Stesen Plaza Rakyat, Merdeka dan Sultan Ismail.

“Orang ramai dinasihatkan mengikut arahan petugas stesen untuk perjalanan lebih lancar,” katanya hari ini.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di Stesen Salak Selatan dan Cheras pagi tadi turut mendapati keadaan sesak selain penumpang perlu menunggu lebih lama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI