fbpx

Kane hampiri rekod Shearer, Rooney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE (kiri) terus menjadi wira buat Spurs aspabila meledak dua gol memastikan Spurs menewaskan Forest 2-0 di City Ground malam kelmarin. – AFP

LONDON – Dua jaringan yang dihasilkan ketika membantu Tottenham Hotspur menewaskan Nottingham Forest 2-0 di City Ground malam kelmarin me­nyaksikan Harry Kane semakin hampir untuk muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Penyerang England itu suda merekodkan 187 gol EPL, me­nyamai pencapaian Andy Cole di tempat ketiga tetapi masih ketinggalan di belakang penja­ring terbanyak iaitu Alan Shearer yang mengumpul 260 gol dan Wayne Rooney (208 gol).

“Sudah pasti perjalanan masih lagi panjang, namun ketika ini saya berasa cukup cergas. Saya masih ada beberapa tahun lagi tempoh bermain dan sentiasa mempunyai kemahuan tinggi untuk ledak lebih banyak gol.

“Saya mahu berada sebaris dengan mereka dan sebab itu saya begitu teruja untuk mengambil cabaran ini. Alan (Shearer) dan Wayne (Rooney) adalah dua penyerang terbaik England dan sudah pasti saya gembira untuk berada dalam senarai ini.

“Saya akan terus berusaha sejauh yang mungkin dan ketika ini, segalanya berjalan dengan cukup baik,” katanya yang kini sudah mengumpul 200 gol sepanjang kariernya dalam semua kejohanan bersama Spurs.

Pada aksi dengan Wolverhampton Wanderers sebelum ini, jaringan tunggal Kane memboleh­kannya mengatasi pencapaian Sergio Aguero sebagai penjaring terbanyak EPL bersama sesebuah kelab.

Jumlah 10 mata yang diraih dalam empat perlawanan setakat ini memastikan permulaan terbaik Spurs sejak musim 2009/2010 yang menyaksikan mereka menang dalam kesemua empat aksi awal.

“Jika kami mahu menjadi pasukan teratas, pemain perlu sentiasa bersaing untuk merebut tempat. Inilah yang kami dan seluruh pasukan sedang lakukan,” jelas Kane. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI