fbpx

Cuti terkumpul kakitangan kerajaan naik kepada 180 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (GCR) daripada 160 hari ke 180 hari.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif itu dilakukan kerana ramai anggota perkhidmatan awam
yang tidak dapat menghabiskan cuti rehat tahunan mereka sebelum ini kerana beban tugas yang semakin besar dan mencabar.

“Dengan kenaikan kadar maksimum GCR ini ia membolehkan cuti tersebut disimpan bagi tujuan ‘award’ wang tunai di masa persaraan.

“Sekali gus meningkatkan tunai di tangan pada hari persaraan kelak,” katanya pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini tadi.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga bersetuju menambah kadar cuti rehat khas sebanyak lima hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.

Katanya tambahan cuti ini akan memberi manfaat kepada lebih kurang 500,000 guru bagi urusan-urusan yang mustahak dan kecemasan yang dibenarkan serta memberi peluang guru-guru mengumpul jumlah GCR yang lebih tinggi, “ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI