fbpx
Gambar hiasan.

Pengguna minta tips ‘ikat perut’ lepas beli kereta baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang pengguna memuat naik hantaran di Facebook meminta tips ‘ikat perut’ daripada orang ramai selepas membeli sebuah kereta baharu dengan bayaran RM900 sebulan.

Menurut individu berkenaan, gajinya hanya RM1,500 sebulan dan dilihat pada baki pendapatannya itu adalah menjadi satu keperluan untuk dirinya bijak mengatur perbelanjaan kerana turut mempunyai komitmen lain yang perlu dibayar.

“Bayar kereta baru RM900 sebulan. Gaji aku RM1,500. Ada tak tips ‘ikat perut’ untuk jimat makan,” soalnya.

Sehubungan itu, pelbagai reaksi turut diberikan orang ramai temasuklah beberapa pengguna lain yang mempersoalkan tindakannya membeli kereta baharu sedangkan pendapatan bulanan masih belum kukuh.

“Tak payah ikat perut, korban masa sahaja, kau buat kerja sambilan paling kurang RM1,000 sebulan, jadi ‘rider’ boleh ikut waktu sendiri. Nak hidup senang, usaha pun kena lebih,” cadang Murniyanti.

“Ini orang kata biar papa, asal bergaya, kalau gaji bulan belum cukup kukuh, beringat untuk keperluan lebih penting, kereta boleh cari ‘second hand’ lebih murah berbanding yang baharu,” komen Amirul Haikal.

“Kau minum je air setiap hari, rasanya tak mati, paling teruk pun perut kembung macam ikan buntal, lain kali fikir dulu kewangan cukup atau tak, jangan sampai seksa diri,” kata Wan RIzqi. – KOSMO! ONLINE

POPULAR