fbpx

Najib tak pernah minta kes digugurkan, hanya perlu keadilan – Mohd. Zaid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peguam cara Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Zaid. Ibrahim.

PETALING JAYA – Peguam cara Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Zaid Ibrahim menegaskan bahawa selama beliau membantu bekas Perdana Menteri itu dalam mengendalikan prosiding rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, Najib tidak pernah meminta untuk kesnya digugurkan.

Mohd. Zaid menerusi satu hantaran video yang dikongsikan anak Najib, Nooryana Najwa Najib di Instagram miliknya malam tadi memaklumkan bekas Perdana Menteri itu hanya mahukan keadilan sewajarnya.

“Datuk Seri Najib tak pernah mengarah saya peguamnya atau menyuruh sesiapa sahaja untuk mencari jalan agar kerajaan campur tangan dalam kesnya (kes SRC).

“Tidak pernah dia (Najib) meminta untuk kita cari jalan supaya dapat mempengaruhi keputusan hakim, tidak pernah dia meminta mencari jalan untuk menarik balik tuduhan terhadapnya,” katanya.

Beliau juga menegaskan sekali lagi bahawa segala dakwaan yang diperkatakan oleh segelintir individu di luar sana adalah sekadar fitnah dan tidak adil sama sekali.

Tambah Mohd. Zaid, Najib hanya meminta pihak peguamnya terutama Firma guaman, Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) melakukan dua perkara iaitu meyakinkan mahkamah agar membenarkan bukti baharu yang beliau terima ditunjukkan.

“Dalam satu sampul surat, dua bulan lalu. Bukti yang menunjukkan Hakim Mohd. Nazlan yang membicarai kes beliau ada kepentingan yang bercanggah dengan kemampuan dia sebagai seorang hakim untuk mengendali kes ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI