fbpx

Najib berpeluang jumpa peguam, keluarga di Penjara Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib berkongsi hantaran terbaharu di Facebook miliknya hari ini.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan beliau kini berpeluang berjumpa dengan peguam serta ahli keluarganya mengikut masa yang dibenarkan oleh pihak Penjara Kajang.

Najib menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi berkongsi keadaan dirinya yang sihat dan masih menyesuaikan diri dengan ujian dilaluinya itu.

“Assalamualaikum. Salam kepada semua. Gina (Nooryana Najwa) beritahu saya ramai yang bertanya tentang khabar dan keadaan saya.

“Buat masa ini saya dalam keadaan sihat, baik, tenang. Alhamdulillah,” katanya.

Jelasnya, peluang berjumpa dengan peguam dan keluarga tercinta lebih memfokuskan terhadap perbincangan isu-isu semasa sambil berbincang mengenai urusan mahkamah.

“Saya juga banyak menggunakan masa saya untuk catit pendapat saya dan serahkan kepada peguam atau keluarga saya untuk dikongsikan dengan semua.

“Mungkin akan ada kelewatan sedikit tetapi apa dayanya. Inilah sahaja yang saya dapat buat,” tulisnya pada hantaran terbaharu hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI