fbpx

Kelantan, Perak antara 10 negeri cuaca buruk petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan melibatkan 10 negeri sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku di Kedah sekitar kawasan Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Perak pula, kawasan terjejas adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim diikuti Kelantan di Gua Musang.

“Bagi Pahang, cuaca buruk di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong Diikuti Selangor di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat dan seluruh WP Kuala Lumpur,” katanya.

Tambahnya, negeri seterusnya terjejas adalah Negeri Sembilan di Jelebu dan Kuala Pilah diikuti Johor di Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Sarawak, kawasan terlibat adalah Betong, Sarikei (Pakan dan Julau) dan Limbang.

“Seterusnya di Sabah adalah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan),” katanya.

Dalam pada itu, MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI