fbpx

Justin Lim nafi tinggalkan Melaka United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Justin Lim.

MELAKA – Dakwaan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bola Sepak Melaka United (MUFC), Datuk Justin Lim telah meletakkan jawatan dan meninggalkan pasukan itu hanyalah khabar angin yang tidak berasas.

Justin menjelaskan, meskipun mengakui sedikit kecewa apabila wujudnya isu pegangan saham dalam MUFC, namun beliau tetap komited untuk terus menerajui pasukan berkenaan.

Beliau berkata, spekulasi yang dilihat sengaja diada-adakan segelintir pihak itu adalah tidak benar memandangkan perkara berbangkit kini dalam proses penyelesaian dan kata sepakat telah dicapai selepas perbincangan bersama pihak berkepentingan.

“Pencapaian kita sejak pengambil-alihan kelab pada tahun lalu juga boleh dibanggakan dan saya percaya, pasukan tahun ini lebih baik dan mampu mencipta lebih banyak kejayaan dengan kerjasama semua pihak berkepentingan.

“Saya merupakan ahli perniagaan yang masih baru dalam industri bola sepak, sudah pastinya saya tidak terlepas untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam membawa kelab ini ke tahap lebih baik dari sebelum ini.

“Di sini juga saya ingin menyatakan yang saya kekal komited untuk terus menerajui MUFC,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! difahamkan, Justin sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali; Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) yang baharu dilantik, Datuk Nur Azmi Ahmad dan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Tambah Justin lagi, pencapaian MUFC sejak syarikatnya, KenTeam Sdn. Bhd mengambil alih pengurusan kelab tahun lalu boleh dibanggakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI