fbpx

Empat hari tayangan, Air Force The Movie raih RM8 juta kutipan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Berjaya menambat hati rakyat Malaysia, filem Air Force The Movie : Selagi Bernyawa berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM8 juta dalam tempoh empat hari tayangan di pawagam seluruh negara.

Pencapaian membanggakan tersebut dikeluarkan oleh syarikat pawagam terkemuka, Golden Screen Cinemas (GSC) menerusi satu kenyataan rasmi hari ini.

Tidak hanya dengan itu, filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See tersebut bakal ditayangkan di tiga buah negara lain iaitu Korea Selatan, Jepun dan Taiwan.

Menurut wakil pihak penerbit filem, pencapaian sebegitu harus dijulang kerana bukan mudah untuk naskhah anak tempatan dipersembahkan kepada penonton luar.

“Kejayaan filem ini yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa ini boleh dibanggakan kerana secara tidak langsung dapat mempertontonkan kepada dunia luar tentang kualiti filem yang kita miliki,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Air Force The Movie : Selagi Bernyawa dipersembahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, GSC, Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.

Air Force The Movie : Selagi Bernyawa menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.

Filem yang menemui penonton sejak 25 Ogos itu turut ditayangkan serentak di Brunei dan Singapura.

Untuk rekod, naskhah hebat tersebut berjaya merekodkan RM6 juta kutipan selepas tiga hari ditayangkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI