fbpx

Nafuzi nafi berhijrah ke Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAFUZI mengakui masih belum menerima sebarang tawaran setakat ini sekali gus menafikan khabar angin beliau dipikat oleh Selangor. - FB TERENGGANU FOOTBALL CLUB

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain menafikan desas-desus mengaitkan beliau dilamar sebagai ketua jurulatih baharu Selangor pada musim depan.

Ujarnya, setakat ini, beliau masih belum menerima tawaran daripada mana-mana pasukan untuk mendapatkan khidmatnya bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2023.

“Saya belum terima tawaran daripada mana-mana pasukan termasuk TFC sendiri, malah kami tidak pernah berbincang sebarang persiapan pasukan menghadapi saingan 2023.

“Khabar angin adalah asam garam dan lumrah dalam bola sepak. Apa pun, ia tidak menjejaskan tumpuan saya untuk menyiapkan TFC menghadapi Me­laka United selepas ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di Kuala Terengganu semalam.

Nafuzi berkata, tumpuannya kini bersama skuad Sang Penyu menghadapi perjalanan Liga M musim ini yang masih panjang.

Begitu pun, pengendali muda yang sedang meningkat naik tersebut tidak menolak sebarang kemungkinan berhijrah ke pasukan baharu pada musim depan.

“Sekiranya ada pihak atau pa­sukan mahu berbincang (tawaran kontak), saya sedia menerimanya dengan profesional.

“Saya akan anggap ia sebagai satu penghargaan yang menandakan kerja saya mendapat perhatian,” katanya.

Nafuzi berkata, buat masa ini, beliau mahu fokus terhadap persiapan TFC menentang Melaka United dalam saingan Liga Super seterusnya final Piala FA bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI