fbpx

Letak Singapura di Malaysia, National Geografic dikecam ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian National Geographic yang tular di Facebook baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – National Geographic UK dalam satu kenyataan di laman Facebook menyebut Singapura terletak di dalam Malaysia telah menarik perhatian orang ramai.

Hantarannya itu menunjukkan gambar dari arkib, satu keluarga india sedang berjalan-jalan di Garden by the Bay dan diakhiri dengan perkataan ‘Singapura, Malaysia’.

Rentetan itu, rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk memenuhi ruang komen dengan pelbagai reaksi yang mencuit hati.

Antara komen yang mendapat perhatian ramai adalah dari Tourism Malaysia, Golden Screen Cinema (GSC), dan Mgag.

“Tuan/Puan, itu adalah di Singapura, ini barulah Malaysia,” ujarnya sambil meletakkan gambar Saloma Link, Kuala Lumpur.

“Juga dari arkib, teater IMAX dibina dengan Vibranium dari Wakanda, Johor Bahru,” gurau GSC.

“Secara teknikalnya, ia tidak salah jika kita bercakap tentang lebih 50 tahun dahulu,” kata Mgag. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI