fbpx

Hubungan ‘roller coaster’, Vida, Iqbal kembali bercinta?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUBUNGAN pasang surut Iqbal dan Vida kembali mencuri perhatian ramai.

SEJAK tahun lalu, hubungan antara Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli tak pernah sunyi menghangatkan dunia hiburan.

Selepas hampir berkahwin, hubungan mereka tak ubah macam ‘roller coaster’. Sekarang dikatakan sudah kembali berbaik dan didakwa menjalin semula hubungan cinta.

Pening juga Diva nak menghadam episod hidup mereka berdua.

Baru-baru ini, tular pula video Iqbal kerap menemani Vida di beberapa acara.Malah ada aksi dia memakaikan Vida seutas rantai bernilai jutaan ringgit.

Ada yang kata mereka bercinta tetapi dalam beberapa perkongsian Instagram Iqbal, katanya dia idamkan gadis kampung. Mana satu ni!

Cuma satu hal harus dipuji, mereka kekal utuh berdiri walaupun dihambat kontroversi yang boleh memakan diri.

Mungkin sifat kebal sudah tertanam dalam diri usahawan zaman sekarang. Kalau tak, macam mana boleh kalis kecaman kan!

DIVA: Ramai berharap Iqbal mahupun Vida tidak mengeluarkan sebarang lagu lagi selepas ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI