fbpx

Betul ke Sufian Suhaimi dah ada kekasih?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
USIKAN Neelofa menimbulkan tanda tanya peminat tentang status hati Sufian.

BETUL ke hati penyanyi Sufian Suhaimi sudah dimiliki? Semuanya gara-gara usikan nakal selebriti terkenal Neelofa apabila mendedahkan bahawa penyanyi berwajah ‘baby face’ itu sudah pun mempunyai teman wanita.

Difahamkan kedua-dua selebriti itu sedang bekerjasama menjayakan sebuah penggambaran baru-baru ini.

Ketika sedang berehat, Neelofa sempat melakukan sesi siaran langsung dalam Instagram dan membaca satu komen daripada netizen yang ditujukan kepada Sufian.

“Tolong abang polis tangkap saya,” kata netizen tersebut.

Neelofa yang membaca komen tersebut kemudiannya memanggil Sufian dan memberitahu bahawa hati lelaki itu telah pun dimiliki.

“Jangan tau. Sebab hati Sufian sudah ada yang punya. Cuba teka. Hurufnya bermula dengan a, e, i, o, u?” usik Neelofa.

Meskipun cuba menafikannya, Sufian dilihat malu-malu apabila usikan tersebut turut didengari ramai kru penggambaran.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah Neelofa yang dikatakan sangat lucu dan ‘nakal’.

“Nakalnya Neelofa. Sejak dah jadi mak, suka mengusik,” kata seorang netizen.

“Siapalah agaknya gerangan wanita itu,” soal seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, netizen turut tertanya-tanya adakah usikan terhadap Sufian itu benar dan siapakah wanita bertuah yang berjaya menawan hati penyanyi itu.

Kalau benarlah seperti yang dikatakan Neelofa, Diva pun tumpang gembira sama. Sekurang-kurangnya terubatlah juga hati Sufian yang pernah terluka sebelum ini.

DIVA: Sambutan Hari Kemerdekaan semakin suram tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. Diva tengok tak ramai yang pasang bendera Malaysia. Apa dah jadi?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI