fbpx

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa raih RM6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM Air Force The Movie: Selagi Bernyawa meraih kutipan RM6 juta selepas tiga hari ditayangkan di pawagam.

PETALING JAYA – Selepas tiga hari tayangan, filem aksi ketenteraan, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berjaya meraih kutipan tiket sebanyak RM6 juta.

Berita gembira tersebut diumumkan sendiri oleh pengarah filem berkenaan, Zulkarnain Azhar dan Frank See menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram milik mereka.

“Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berjaya mengutip RM6 juta selepas tiga hari tayangan. Terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menyokong filem ini,” tulisnya.

Filem yang menjalani penggambaran di Sabah dan Pahang itu dipersembahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.

Selain ditayangkan di Malaysia, sejak 25 Ogos lalu, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa turut ditayangkan secara serentak di seluruh pawagam di Singapura dan Brunei.

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Redza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corrine, Scha Alyahya dan Carmen Soo.

Naskah aksi berkenaan mengisahkan tentang Pasukan Khas Udara (PASKAU) diketuai Mejar Adnan (Adi Putra) telah terkandas di sebuah wilayah bergolak, Namburi selepas kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditembak pihak musuh ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

Mengetahui perkembangan itu, TUDM telah mengarahkan satu misi untuk menyelamatkan anggota PASKAU yang diketuai oleh Zafran (Aiman Hakim Redza) yang juga merupakan seorang juruterbang pesawat juang Sukhoi.

Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI