fbpx

Aaron, Wooi Yik telah ‘betulkan’ sejarah badminton negara -Chong Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi di laman Facebook Chong Wei

PETALING JAYA – Lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei melahirkan rasa bangga apabila pasangan beregu negara Aaron Chia Teng Fong dan Soh Wooi Yik berjaya mengakhiri kemarau emas pada Kejohanan Badminton Dunia sebentar tadi.

Ini kerana menurut Chong Wei sejak tahun 1977 pasukan beregu negara gagal meraih pingat emas pada kejohanan terbabit.

“Sejak tahun 1977, Malaysia telahpun beberapa kali nyaris-nyaris merangkul emas tetapi tidak kesampaian.

“Peliknya, 11 negara sudahpun digelar juara tetapi bukan Malaysia, percaya tak Sweden, USA dan Singapura dah pernah juara, tapi bukan negara kita,”tulisnya di laman Facebook.

Menurut Chong Wei lagi, pasangan beregu terbabit bagaimanapun telah membetulkan sejarah tersebut dan mempamerkan aksi yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

“Terima kasih Malaysia, kita adalah juara. Terima kasih Aaron/Soh. Satu hadiah yang berharga untuk sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia,”katanya.

Pada masa sama, Chong Wei turut berkongsi kejayaan pasangan itu kepada anak-anaknya dan beliau turut menasihatkan mereka supaya berlatih dengan gigih dan suatu hari nanti boleh berada di atas podium kejuaraan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI