fbpx

Lebih 2 tan sampah dikutip di Kuala Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Longgokan sampah dibersihkan menerusi operasi pembersihan di sekitar kawasan Kuala Perlis selepas dikecam pempengaruh di media sosial, baru-baru ini.

KUALA PERLIS – Lebih dua tan metrik sampah dikutip di sekitar kawasan pelancongan di sini menerusi beberapa program dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis berkata, beberapa tindakan segera sebagai langkah jangka masa pendek diambil bagi mengatasi isu tersebut.

“SUK negeri melaksanakan Operasi Bersepadu Pembersihan Kuala Perlis di 15 lokasi tumpuan bermula pada 20 Ogos lalu bersama jabatan serta agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti setempat yang mana sebanyak 1.17 tan sampah berjaya dikumpul.

“Pentadbiran ini juga melaksanakan program Perlis Merdeka Clean-Up Day pada hari sama melibatkan seramai 215 peserta termasuk pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta dengan sebanyak 849.40 kg sampah dikutip,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini tular video seorang pempengaruh warga Australia yang mengecam longgokan sampah sarap serta bau busuk di kawasan awam dan kediaman penduduk berhampiran jeti Kuala Perlis.

Video tersebut turut menerima perhatian serta komen meluas di kalangan netizen dan pemimpin tempatan selain turut dilaporkan dalam pelbagai saluran media.

Menurut kenyataan tersebut, kerajaan negeri sedar bahawa tahap kebersihan dan pengurusan sampah di sebahagian besar kawasan di Kuala Perlis masih berada pada tahap yang kurang memuaskan pada masa ini.

“Bagaimanapun, ini tidak bermakna keadaan ini hanya dibiarkan begitu sahaja oleh pihak berkuasa tanpa sebarang usaha dan tindakan penyelesaian. Kami melaksanakan transformasi persekitaran dan kesihatan komuniti secara agresif, sistematik dan mampan selaras dengan Agenda Perlis Bersih Sihat,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI