fbpx

Kim Yoon-ji ke Hollywood, tak tinggalkan nyanyian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM YOON-JI

DARIPADA bergelar seorang penyanyi, kini Kim Yoon-ji bakal menjengah industri Hollywood menerusi filem terbaharunya berjudul Lift, terbitan Netflix.

Mungkin ramai tidak tahu, sebelum terjun dalam dunia nyanyian, Yoon-ji lebih dikenali sebagai Yoon-ji NS, namun bagi karier lakonannya, dia menggunakan nama Kim Yoon-ji sebagai nama pentas.

Untuk projek antarabangsanya itu, dia bakal bergandingan bersama pelakon Ursula Corbero yang sebelum ini terkenal dengan watak Tokyo dalam siri popular, Money Heist.

“Saya sendiri tidak menyangka bakat diterima dan dihargai sampai ke peringkat Hollywood. Ini peluang keemasan buat saya untuk terus berdaya maju dalam karier lakonan.

“Nyanyian tidak mungkin saya lupakan. Itulah titik permulaan saya dalam bidang seni ini.

“Mana mungkin saya tinggalkan nyanyian begitu saja,” katanya dalam siaran langsung bersama peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI