fbpx

Prawit Wongsuwan jadi PM ‘caretaker’ Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Perdana Menteri Prawit Wongsuwon (baju kelabu) dikerumuni pemberita ketika beliau meninggalkan Rumah Kerajaan selepas mesyuarat kabinet pada Jun lalu. - Arnun Chonmahatrakool

BANGKOK – Timbalan Perdana Menteri Thailand, Prawit Wongsuwan akan bertindak sebagai pemimpin ‘caretaker’ negara itu bermula semalam (Rabu) selepas Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha digantung tugas, lapor laman berita Business Times.

Mahkamah Perlembagaan Thailand menggantung jawatan Prayut susulan petisyen peletakan jawatan yang diusulkan oleh parti pembangkang. 

“Jeneral Prayut Chan-o-cha menghormati sepenuhnya keputusan Mahkamah Perlembagaan, dan akan berhenti melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri mulai hari ini,” kata jurucakap kerajaan, Anucha Burapachaisri dalam satu kenyataan.

Prayut, 68, bagaimanapun akan terus berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan. 

Prawit yang juga sekutu rapat Prayut mengetuai Palang Pracharath, parti terbesar dalam gabungan kerajaan.

Petisyen itu difailkan oleh parti pembangkang utama, yang berhujah bahawa tempoh masa Prayut sebagai ketua junta sejak rampasan kuasa pada 2014 harus dikira dalam tempoh lapan tahun yang ditetapkan oleh perlembagaan.

“Mahkamah telah mempertimbangkan petisyen dan dokumen berkaitan serta melihat fakta daripada petisyen itu adalah sebab untuk disoal seperti yang dituntut,” kata satu kenyataan mahkamah.

Mahkamah memberi masa 15 hari kepada Prayut untuk menjawab dakwaan petisyen tersebut sambil menambah bahawa keputusan majoriti panel hakim adalah lima daripada empat menyokong penggantungannya.

Prayut memerintah sebagai ketua majlis tentera selepas beliau menggulingkan kerajaan yang dipilih pada 2014 dan menjadi Perdana Menteri Awam pada 2019 menerusi pilihan raya yang diadakan di bawah perlembagaan yang digubal tentera. 

Pilihan raya umum Thailand akan datang dijangka menjelang Mei tahun depan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI