fbpx

Penganjur perhimpunan sokong Najib dipanggil bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hampir 300 individu berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada Najib di pekarangan Pintu Istana Negara semalam.

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil penganjur untuk dirakam keterangan berhubung perhimpunan anjuran Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia (PJPNM) di pekarangan Pintu Istana Negara semalam yang didapati tidak mempunyai kebenaran daripada pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya mendapati penganjur perhimpunan tidak mengemukakan sebarang permohonan daripada pihak polis untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

“Justeru itu, pihak polis akan membuka kertas siasatan dan akan memangil penganjur untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, hampir 300 individu berkumpul di hadapan Istana Negara bagi memohon Yang di Pertuan Agong supaya memberi pengampunan di-raja kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia (PJPNM) turut menyerahkan memorandum kepada Yang di Pertuan Agong.

Ia dilakukan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskannya Najib bersalah dalam kes rasuah RM42 juta melibatkan dana SRC International.

Justeru itu, Najib perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun dan perlu membayar denda RM210 juta bermula semalam setelah dihantar ke Penjara Kajang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI