fbpx

MTUC bantah saranan tangguh waktu bekerja 45 jam seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN.

PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan melaksanakan sepenuhnya Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 ini pada 1 September ini tanpa sebarang penangguhan.

Presidennya, Mohd. Effendy Abdul Ghani berkata, ia termasuk pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam yang sesetengah pihak termasuk majikan mahu ia ditangguhkan.

Mohd Effendy.

“Adalah tidak wajar sama sekali dan tidak adil kepada pekerja-pekerja sekiranya terdapat beberapa pindaan yang memberikan manfaat kepada pekerja ditangguhkan.

“Cadangan dan perbincangan pindaan ini telah lama diusahakan dan jika pindaan ditangguhkan sama ada sebahagian atau sepenuhnya akan menyebabkan kerajaan terpaksa berhadapan dengan golongan pekerja yang menunggu pindaan ini.

“Jelas ini merupakan tindakan yang merugikan apatah lagi akta tersebut telah diwartakan oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Effendy berkata, MTUC malah berharap Jabatan Tenaga Kerja (JTK) melakukan penguatkuasaan bagi memastikan semua majikan mematuhi peraturan baharu itu.

Dalam pada itu, katanya, MTUC menggesa majikan tidak manipulasi bayaran kerja lebih masa serta waktu rehat pekerja apabila pengurangan waktu kerja mingguan kepada 45 jam dilaksanakan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim sebelum ini memberitahu, pindaan kepada Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam akan berkuat kuasa pada 1 September ini.

Pindaan itu bertujuan menjaga kebajikan pekerja serta memberi kelonggaran dalam waktu kerja, selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)

Dalam pada itu, beliau membidas pihak yang menyarankan perlaksanaan gaji minimum ditangguhkan sedangkan pekerja masih dibebani dengan kenaikan kos sara hidup akibat kenaikan harga barangan.

“Begitu juga dengan pekerja dari sektor tidak formal yang berhempas pulas bekerja dengan gaji yang tidak menentu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI