fbpx

Mayat tanpa identiti tersangkut pada pukat nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat tanpa identiti yang tersangkut pada pukat nelayan dibawa balik ke jeti Polis Marin di Kuala Kurau semalam. - FOTO: IHSAN APMM KUALA KURAU

PARIT BUNTAR – Satu mayat lelaki tanpa sebarang pengenalan diri ditemukan pada kedudukan 2.3 batu nautika barat daya di perairan Tanjung Piandang kira-kira pukul 7.30 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, pihaknya segera bergegas ke lokasi dengan bot Maritim Benteng 3 setelah menerima laporan polis yang telah dibuat oleh seorang nelayan tempatan.

“Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati, mayat lelaki itu ditemukan tersangkut pada pukat. Pihak kita turut menemui kesukaran untuk mengangkat mayat tersebut kerana keadaan anggota tubuhnya yang tersangkut pada pukat di tambah dengan keadaan air laut telah surut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil bantuan daripada anggota bot Maritim Kilat 30 dan juga pasukan bomba dan penyelamat, mayat itu berjaya diangkat dan dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kuala Kurau.

“Selepas itu mayat itu kita serahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Kita juga ingin mengucapkan terima kasih kepada komuniti nelayan setempat yang turut membantu dalam operasi carilamat ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI