fbpx

Lebih 4,000 KRT bakal miliki premis sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norison (dua dari kanan) sedang menumbuk emping pada program Jalinan Muafakat Keluarga Malaysia di KRT Gong Baru, Marang hari ini.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) menyasar lebih separuh daripada 8,830 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara bakal memiliki premis sendiri pada tahun hadapan.

Ketua Pengarah JPNIN, Datuk Norison Ramli, berkata, sasaran tersebut bagi memudahkan setiap KRT terlibat menjalankan pelbagai aktiviti untuk komuniti masing-masing.

Beliau berkata, premis KRT berkenaan berupa sebuah kabin yang lebih praktikal berbanding premis kekal melibatkan banyak urusan seperti pengambilan tanah, sewa dan penyelenggaraan.

“JPNIN berpandangan memadai kalau setiap KRT diberikan sebuah kabin berharga antara RM80,000 ke RM100,000 lengkap dengan perabot dan pendingin hawa.

“Penggunaan kabin hanya memerlukan kebenaran menduduki malah jangka hayatnya juga lama sehingga 15 tahun. KRT hanya perlu mengenalpasti tapak yang sesuai,” katanya di KRT Kampung Gong Baru di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui selepas merasmikan program Jalinan Muafakat Keluarga Malaysia di KRT berkenaan.

Norison berkata, JPNIN sedang menunggu kelulusan bajet penyediaan premis KRT terbabit daripada Kementerian Kewangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI