fbpx

Blackpink tundukkan Nicki Minaj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN Blackpink,

USAI dilancarkan pada 19 Ogos lalu, lagu baharu Blackpink bertajuk Pink Venom tersebut terus melonjak menjuarai beberapa carta muzik popular antarabangsa.

Kejayaan kumpulan dari Korea Selatan itu tentu sahaja membanggakan peminat setia mereka apabila Pink Venom berjaya mengungguli kedudukan pertama carta iTunes di Amerika Syarikat.

Dalam tempoh 24 jam selepas diluncurkan, lagu tersebut berjaya menjuarai carta muzik aplikasi penstriman selain berada di kedudukan nombor satu sebagai lagu paling banyak dimuat turun.

“Lihat! Ini satu kejayaan membanggakan oleh Blackpink dan mereka benar-benar menguasai dunia sebagai penyanyi popular,” kongsi peminat dalam media sosial.

Pengaruh Blackpink di seantero dunia turut berjaya menewaskan nama-nama bintang antarabangsa lain seperti Nicki Minaj, Bailey Zimmerman dan David Morris dalam carta iTunes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI