fbpx

Tiada sengketa antara Jahaya, Tengku Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jahaya (tiga kanan) dan Tengku Zafrul ketika persidangan itu di Kompleks UMNO Bahagian Kuala Selangor, Kuala Selangor, malam tadi.

KUALA SELANGOR – “Kami berdua baik-baik saja.”

Demikian kata Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim yang mengesahkan tidak mempunyai sebarang sengketa dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurut Jahaya, hubungan beliau dengan Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor itu sememangnya baik sejak bulan lalu.

“Kami sudah bekerjasama sejak sambutan Aidiladha lalu. Tiada masalah atau isu. Kalau bergaduh, tiada gunanya kerana kami dua-dua akan kalah,” katanya selepas merasmikan Persidangan Serentak UMNO Kuala Selangor di sini, malam tadi.

Kosmo! pada Mei lalu melaporkan Jahaya menolak kehadiran Tengku Zafrul dalam mana-mana program di Parlimen kawasan itu.

Bagaimanapun pada Julai, UMNO Kuala Selangor bersedia menerima Tengku Zafrul bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Parlimen itu jika diberi restu oleh pucuk pimpinan parti tersebut.

Jelas Jahaya, fokus utama beliau mahu memastikan lebih 15,000 ahli UMNO kekal berstatus pengundi putih menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Perkara itu penting bagi memastikan kemenangan kerusi Parlimen dan tiga DUN yang tewas sebelum ini. Kita perlu terus fokus dengan kepentingan parti dan merampas semula Kuala Selangor nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, senarai nama calon PRU15 sudah diserahkan pihaknya kepada pimpinan tertinggi parti untuk diputuskan.

“Kesemuanya individu itu adalah berbeza mengikut kerusi dan kita mengutamakan calon anak tempatan,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI