fbpx

Tiada pergerakan keluar Najib dari penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pintu masuk Penjara Sungai Buloh yang didakwa bakal menempatkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

SUNGAI BULOH – Tiada sebarang pergerakan masuk kenderaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Penjara Sungai Buloh setakat pukul 5 petang, di sini hari ini.

Ketika ini, keadaan pintu masuk penjara tenang dengan hanya kenderaan awam memasuki perkarangan penjara terbabit.

Kira-kira 15 pengamal media dilihat berkampung di pekarangan Penjara Sungai Buloh menunggu Najib yang didakwa akan dipindahkan dari Penjara Kajang hari ini.

Sementara itu, di Penjara Kajang pula tiada pergerakan keluar Najib dilaporkan berlaku di pintu utama penjara berkenaan.

Hanya 20 petugas media terdiri daripada wartawan dan jurugambar menanti di kawasan perkarangan penjara ini sejak pukul 8 pagi tadi.

Sebelum ini, sumber mengatakan bahawa Najib yang berada di Penjara Kajang akan diambil menggunakan kenderaan dari Penjara Sungai Buloh dan paling lewat kenderaan itu bergerak keluar pukul 5 petang ini.

Sehingga kini, belum dapat dipastikan sama ada Ahli Parlimen Pekan itu akan dihantar ke penjara ini dari Penjara Kajang.

Terdahulu, Najib kekal dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Keputusan sebulat suara itu (unanimous) dibuat panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tengku Mat.

Dalam penghakimannya, ketika membaca keputusan itu, Hakim Tengku Maimun mendapati keputusan Hakim Mahkamah Tinggi dan panel-panel Hakim Mahkamah Rayuan sebelum ini adalah selamat dan tidak perlu diubah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI