fbpx

Pelajar kolej vokasional maut, motosikal terbabas di selekoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Altaaf maut di lokasi selepas terbabas di Kilometer 7 Jalan Asahan-Jasin, Melaka, hari ini.

JASIN – Seorang pelajar Kolej Vokasional Alor Gajah maut selepas motosikal ditunggangi merempuh sebuah kereta di Kilometer 7 Jalan Asahan-Jasin, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa Muhammad Altaaf Danish Mat Nasir 18, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di seluruh badan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dalam perjalanan dari arah Jasin menuju Asahan.

“Setiba di kawasan selekoh Jalan Kampung Bukit Asahan motosikal mangsa telah hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Mangsa telah merempuh sebuah Toyota Camry menyebabkannya mengalami kecederaan parah, manakala motosikalnya turut terbakar di lokasi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat.

“Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI