fbpx

Lelaki maut dihempap dinding konkrit rumah pusaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang mengangkat mayat Zamri yang dihempap dinding konkrit rumah pusaka keluarganya di Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu hari ini

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki warga emas maut selepas dihempap dinding konkrit rumah pusaka ketika menebang pokok berhampiran kediaman itu di Kampung Padang Midin di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 9.28 pagi itu, mangsa, Zamri Jusoh, 60, meninggal dunia di tmepat kejadian akibat parah di bahagian badan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, sewaktu kejadian, si mati dikatakan sedang menebang pokok berhampiran rumah peninggalan keluarganya.

“Sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian apabila menerima maklumat berhubung kejadian itu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pihak kami mendapati mangsa terhempap dinding konkrit rumah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Rozizah memberitahu, operasi untuk mengeluarkan lelaki itu dari kawasan runtuhan terbabit memerlukan peralatan khas iaitu airlifting bag dan mengambil masa kira-kira 17 minit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI