fbpx

Jennie guna nama Jennie Ruby Jane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENNIE

BULAN lepas, Jennie Blackpink disahkan bakal memulakan debut dalam bidang lakonan apabila muncul dalam siri terbitan HBO, The Idol.

Siri yang diterbitkan oleh penyanyi dan penulis lirik asal Kanada, The Weeknd, Sam Levinson dan Reza Fahim tersebut turut dibintangi anak kepada aktor Johnny Depp, Lily-Rose Depp.

Iklan promosi kedua siri berkenaan baru-baru ini ditayangkan dengan memaparkan lebih banyak babak melibatkan Jennie bersama Lily-Rose.

Selain tidak sabar menantikan tayangan rasmi, keterujaan peminat berganda apabila menyedari sesuatu yang unik tentang Jennie dalam siri berkenaan.

Dia dilihat menggunakan Jennie Ruby Jane sebagai nama pentas dunia lakonan. Nama tersebut turut digunakan sebagai ‘username’ Instagramnya.

Susulan pemilihan tersebut, peminat mula menggali bagaimana nama berkenaan wujud dan digunakan Jennie biarpun nama asalnya ialah Kim Jennie.

Selepas diselidik, peminat mendapati, nama berkenaan diberikan oleh rakan sekolah penyanyi itu ketika dia menetap di New Zealand selama lima tahun.

Malah dia juga pernah mengaku di depan seorang peminat bahawa Ruby Jane sebagai namanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI