fbpx

Dapat Datuk, hari terindah sepanjang karier – Amy Search

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Amy bersama isteri Datin Norhasniza melihat anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang diterimanya pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran negeri Melaka sempena sambutan Hari Jadi ke-73 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Gambar RASUL AZLI SAMAD

MELAKA – “Hari ini adalah antara hari yang terindah dalam karier hidup saya sepanjang 40 tahun”.

Itu luahan vokalis kumpulan Search, Suhaimi A. Rahman, 64, atau lebih dikenali sebagai Amy Search yang menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-73 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam, di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Katanya, dia sendiri tidak menyangka akan dikurniakan anugerah kebesaran itu daripada Kerajaan Negeri Melaka.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini ada hari yang saya tidak pernah impikan selama ini, terima kasih kepada Mohd. Ali dan lain-lain pihak menyokong saya.

“Terima kasih kerana jadikan hari ini antara hari terindah dalam karier saya selepas 40 tahun dan jika ada kerjasama selepas ini saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada masa depan Melaka,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Melaka.

Mengulas lanjut dia memberitahu, isterinya Datin Norhasniza Hassan juga merupakan anak kelahiran Melaka dan sering mengunjungi negeri ini kerana meminati struktur binaan bangunan lama yang ada.

“Orang rumah saya pun dari Melaka, ini adalah salah satu negeri yang saya suka kerana dia punya pembinaan dan budaya di sini.

“Jadi saya memang berlapang dada untuk sebarang kerjasama di negeru ini,” katanya.

Datuk Amy dalam perkembangan lain memberitahu, beliau akan membuat satu persembahan percuma di Mersing, Johor sempena Hari Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI