fbpx

[VIDEO] Tular cuba ragut wanita, 2 lelaki dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) cubaan ragut yang tular di media sosial.

KUALA LUMPUR – Polis telah memberkas dua lelaki selepas tular cubaan suspek meragut beg seorang wanita sebelum berjaya diselamatkan orang awam dalam kejadian di Lorong Kuda, Jalan Ampang, di sini pada kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, satu kertas siasatan telah dibuka selepas laporan diterima pada Ahad lalu.

“Dua suspek yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan dan lelaki bukan warganegara berusia 32 dan 35 tahun.

“Kita juga turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha, dua topi keledar dan kunci motosikal,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Dellhan, kedua-dua suspek telah ditahan reman selama lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

“Orang awam diminta menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti menyalahi undang-undang dengan menghubungi MERS 999 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau ke mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI