fbpx

Terpaksa lepaskan tembakan, pengedar dadah cuba rempuh polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta dipandu suspek ditemui di tepi jalan, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian. - FOTO IHSAN POLIS

SANDAKAN – Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kereta dipandu seorang lelaki dipercayai pengedar dadah ekoran cuba merempuh anggota polis ketika serbuan di sebuah kawasan perumahan di Jalan Sungai Manila, Batu 12 semalam.

Kejadian terbabit turut tular di media sosial menerusi rakaman video berdurasi 30 saat yang memaparkan mengenai kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, kejadian membabitkan lima anggotanya yang cuba menahan kenderaan dipandu suspek yang juga pengedar dadah.

“Kejadian berlaku di kawasan tempat letak kenderaan dan suspek bertindak agresif sehingga hampir merempuh seorang anggota.

“Situasi terbabit memaksa anggota polis melepaskan satu das tembakan ke arah tayar untuk menghentikan kenderaan berkenaan daripada melakukan rempuhan.

“Anggota lain pula cuba menghentikan kenderaan itu dengan cuba memecahkan cermin hadapan dengan menggunakan alat ‘walkie talkie’ sehingga menyebabkan terdapat kesan hentakan pada cermin terbabit tetapi suspek itu berjaya meloloskan diri,” katanya dalam kenyataan media.

Mengulas lanjut, Abdul Fuad memaklumkan pasukan polis kemudiannya berjaya mengesan kenderaan suspek di tepi jalan iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

“Usaha mengesan suspek giat dilakukan dan siasatan sedang dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta tampil menghubungi pegawai penyiasat Asistan Superintenden (ASP) Jas Dewd di talian 013-3598455,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI