fbpx

Polis kesan Mohamad Azhari bantu perbicaraan kes bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Azhari.

YAN – Polis sedang mengesan seorang individu iaitu Mohamad Azhari Md. Desa, 51, berhubung kes bunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, tiga tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, Mohamad Azhari perlu hadir sebagai saksi pendakwaan bagi perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Sungai Petani dekat sini pada pukul 9 pagi, Selasa ini.

Katanya, siasatan kes berkenaan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Saksi terbabit, Mohamad Azhari beralamat terakhir di No. 40, Lorong 7, Taman Sungai Lalang 2, Bedong dekat Sungai Petani belum dapat dikesan sehingga hari ini,” katanya di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang saksi terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintendan Zul Hairi Hamzah di talian 012- 5329423.

“Orang ramai juga boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di talian 04-4655222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Dalam kejadian pada 25 Mei 2019, seorang suspek lelaki berusia 31 tahun ditahan polis kerana disyaki menyebabkan kematian anak lelaki tirinya yang ketika itu berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI