fbpx
NAM TAE-HYUN

Nam Tae-hyun dituduh ambil dadah, pukul kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SATU tuduhan berat dilemparkan terhadap penyanyi Nam Tae-hyun apabila didakwa mengambil bahan terlarang selain melakukan serangan keganasan terhadap seorang wanita.

Wanita dimaksudkan adalah Seo Min-jae, peserta program Heart Signal 3 yang juga rakan kongsi Tae-hyun dalam pemilikan sebuah kelab di Itaewon.
Min-jae dalam Instagramnya memuat naik rangkaian pendedahan mendakwa bekas anggota kumpulan WINNER itu mengambil dadah jenis Philopon.

Dia juga mendakwa Tae-hyun turut memukulnya.

“Nam Tae-hyun ambil Philopon. Jarum yang digunakannya ada di dalam bilik saya ataupun di dalam kabinet pejabat saya. Dia juga memukul saya.

“Saya ada jarum yang dia gunakan. Nam Tae-hyun dan saya, si kaki dadah.Tengoklah di dalam kabinet pejabat saya.” tulis Min-jae.

Dia turut mengakui hubungannya dengan Tae-hyun ialah sebagai pasangan kekasih.

“Sebelum ini, semuanya cinta,” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun, Min-jae kemudian tampil menarik balik semua tuduhan tersebut dengan mendakwa dia menulis hantaran tentang Tae-hyun ketika tidak rasional.

“Kami bergaduh dan disebabkan stres, saya ambil dos berlebihan yang diberikan doktor psikiatri. Saya hilang kawalan dan muat naik perkara tak betul,” jelasnya.

POPULAR