fbpx

[VIDEO] Najib tiba di Penjara Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan membawa Najib (depan) dilihat memasuki Penjara Kajang hari ini.

SEMENYIH – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan tiba di pekarangan Penjara Kajang selepas bertolak dari Mahkamah Persekutuan, Putrajaya kira-kira pukul 5.44 petang tadi.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Inokom Santa Fe berwarna hitam yang membawa Najib mula dilihat memasuki pekarangan Penjara Kajang sekitar pukul 6.05 petang tadi.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Najib untuk mengenepikan hukuman penjara dan denda dalam kes penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Sehubungan itu, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap beliau seperti diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini dikekalkan.

Laluan masuk ke Penjara Kajang dikawal ketat oleh anggota Penjara Kajang dan kelihatan anggota polis turut berada di hadapan penjara tersebut serta melibatkan beberapa jalan utama ditutup. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI