fbpx

Mahkamah: Najib gagal dalam permohonan Tengku Maimun untuk tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib gagal rayuan akhir, kekal penjara.

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dalam permohonannya supaya Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan.

Ketika membaca keputusan, Hakim Tengku Maimun berkata permohonan Najib tiada merit selain mahkamah mendapati permohonan itu gagal menunjukkan terdapat bahaya yang nyata bahawa ia akan menyebabkan berat sebelah.

“Saya tidak nampak sebarang bahaya berat sebelah yang mencukupi untuk saya menarik diri,” katanya.

Sejurus selepas membaca keputusan itu Hakim Tengku Maimun kemudian berkata mahkamah akan memutuskan rayuan akhir sebentar lagi.

Pada ketika ini, Najib sedang membacakan kenyataannya sebelum mahkamah membuat keputusan.

Dalam prosiding hari ini, selain Hakim Tengku Maimun, panel lain yang turut yang mendengar prosiding hari ini ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Terdahulu dalam notis usul yang difailkan, Najib mendakwa terdapat satu hantaran dalam laman sosial daripada seorang individu dikenali sebagai Zamani Ibrahim yang mengaitkan dirinya.

Berdasarkan afidavit sokongan yang difailkan semalam, Najib menyatakan individu tersebut merupakan suami kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang merupakan pengerusi panel hakim yang mendengar rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan sekarang.

Menurut Najib lagi, oleh kerana Zamani merupakan suami kepada pengerusi panel hakim yang mendengar rayuanya, adalah berkemungkinan beliau akan mempengaruhi pemikiran pengerusi terhadap tuduhan ke atas kebersalahannya.

Mengulas lanjut, Najib turut menyatakan bahawa  kerana sifat hubungan suami isteri mereka, adalah berkemungkinan bahawa pemikiran pengerusi yang bijaksana mungkin telah terkesan tanpa disedari melalui sentimen suaminya.

Pada prosiding sebelum itu, Najib mengemukakan notis usul untuk memohon supaya Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat untuk menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan.

Permohonan itu dikemukakan oleh Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Najib.

Pada waktu kini, Mahkamah Persekutuan sedang mendengar rayuan akhir Ahli Parlimen Pekan itu
untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd akan didengar Mahkamah Persekutuan di sini selama 10 hari bermula 15 hingga 26 Ogos ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI