fbpx

Mahkamah: Najib dilihat sedih, ditemani Rosmah, 2 anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib (tengah) berjalan keluar selepas tamat prosiding pada hari ketiga perbicaraan rayuan sabitan dan hukuman penjara kesnya berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta di Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat sedih dalam kandang tertuduh manakala isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor mengelap air mata selepas Mahkamah Persekutuan di sini mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Selain Rosmah, turut berada disamping Najib ialah dua anaknya, Norashman serta Nooryana Najwa.

Setakat pukul 5.45 petang, Najib, 69, dilihat tidak berganjak daripada kandang tertuduh.

Terdahulu sebelum hukuman dijatuhkan, Najib memberitahu Mahkamah Persekutuan di sini bahawa, timbul keraguan sama ada beliau akan mendapat peluang yang adil untuk dibebaskan daripada ujian itu.

Najib ketika memberi kenyataan sebelum mahkamah menjatuhi hukuman, berkata, situasi yang dihadapi membuatkannya berasa tidak selesa.

Menurutnya, tidak pernah ada satu kes dalam sejarah undang-undang di Malaysia, di mana peguam dalam perbicaraan jenayah atau rayuan dihalang daripada menarik dirinya daripada mewakili anak guam mereka.

“Sepanjang prosiding berlangsung minggu lalu, saya dapati peluang saya untuk mengecapi kejayaan pada rayuan ini perlahan-lahan terhakis.

“Bukan kerana kekurangan merit tetapi kerana saya tidak diwakili,” katanya dihadapan lima panel diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Turut bersidang ialah empat panel hakim iaitu Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI