fbpx

Kolej Uniti PD jalin kerjasama bidang halal dengan universiti seberang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOLEJ Uniti Port Dickson dan Universiti IPB, Jakarta menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan, pembangunan sumber manusia dan latihan berkaitan halal.

SEREMBAN – Kolej Uniti Port Dickson dan Universiti Institut Pertanian Bogor (IPB), Jakarta menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan, pembangunan sumber manusia dan latihan berkaitan halal.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Uniti Port Dickson, Amir Hamzah Md Isa berkata, menerusi kerjasama itu kedua-dua institusi pendidikan tinggi (IPT) akan berkongsi kepakaran serta pengalaman sekali gus memainkan peranan penting dalam memperkasakan ekosistem dan agenda halal global.

Amir Hamzah berkata, Kolej UNITI Port Dickson merupakan IPT pertama di Malaysia yang menawarkan program pengajian halal secara formal menerusi Diploma Pengurusan Industri Halal.

“Sebagai antara universiti terbaik di Indonesia, Universiti IPB bakal menawarkan kepakaran dalam bidang penyelidikan berkaitan halal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kolej Uniti Port Dickson dan Universiti IPB, Jakarta di kampus Bogor, Jawa Barat di sini hari ini.

Amir Hamzah berkata, memorandum persefahaman tersebut turut memberi peluang kepada kedua-dua IPT melaksanakan program perkongsian kepakaran melibatkan tenaga pengajar serta pelajar dalam bidang berkaitan.

Jelas beliau, pemilihan Kolej Uniti Port Dickson yang menerima penarafan MyQuest terbilang enam bintang pada 2016 dan 2017 sebagai rakan strategik merupakan satu pengiktirafan memandangkan IPT terbabit merupakan Penyedia Latihan Halal (PLH) yang mendapat perakuan Majlis Halal Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Sejak 2013, Kolej Uniti telah melahirkan ribuan graduan bidang halal. UHAC juga sehingga ke hari ini sudah melatih eksekutif-eksekutif halal kompeten yang memenuhi pasaran kerja industri tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Profesor Arif berkata, beliau yakin sinergi kedua-dua IPT terbabit akan memberi manfaat bukan sahaja kepada industri halal tempatan di Malaysia dan Indonesia tetapi juga di peringkat antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI