fbpx

Gigi bikin Nakal di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GIGI: Nakal Di Kuala Lumpur bakal berlangsung pada 5 November 2022, Sabtu di Zepp Kuala Lumpur, pukul 9 malam.

SEKIAN lama tidak menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur, akhirnya kumpulan yang terkenal dengan permainan dan nyanyian mantap, Gigi akan kembali merawat kerinduan para peminat di Malaysia.

Terakhir kumpulan yang didirikan pada tahun 1994 itu beraksi di Kuala Lumpur menerusi di Sunburst  KL International Music Festival sepentas bersama Incubus dan John Legend pada tahun 2008 selepas Konsert Eksklusif bersama Gigi di Menara PGRM pada 2003.

Gigi yang dianggotai oleh Armand Maulana (vokal), Dewa Budjana (gitar), Thomas Ramdhan (bass) dan Gusti Hendy (dram) yang dirindui para peminat, terutamanya GigiKita itu memasuki pasaran Malaysia lewat lagu Terbang sejak sekitar 1999.

Kedatangan mereka sama fasa dengan kemasukan grup Indonesia lain seperti Padi dan Sheila On 7 ke Malaysia. Gigi turut menawan ramai dengan hits seperti 11 Januari, Nakal, Pintu Sorga , Janji, Jomblo dan Andai.

GIGI dianggotai oleh Armand Maulana (vokal), Dewa Budjana (gitar), Thomas Ramdhan (bass) dan Gusti Hendy (dram).

Uniknya kumpulan yang kini memasuki usia 28 tahun penubuhan itu diminati rata-rata pemuzik lokal bersandarkan skil dimiliki setiap anggotanya. Rata-rata menjadikan mereka sebagai idola kerana kemantapan skil mereka dan Armand Maulana selaku vokalis sentiasa memukau khayalak dengan vokal dan ‘showmanship’nya di atas pentas.

Mengembalikan getar pukauan tersebut, Tanjak Adventure & Tour dengan bangganya membawakan Gigi:  Nakal Di Kuala Lumpur yang bakal diadakan pada 5 November 2022, Sabtu di Zepp Kuala Lumpur pada pukul 9 malam.

Konsert dengan durasi dua jam terseburt bakal menghimpunkan lagu-lagu terkenal Gigi yang akan memanaskan suasana di Zepp Kuala Lumpur.

“Kami sangat berbangga untuk membawakan kumpulan Gigi yang kita tahu diminati kerana skil dan profesionalisme mereka serta lagu-lagu mereka yang hebat. Kami mengharapkan kerinduan para peminat dapat terubat pada 5 November ini di Zepp Kuala Lumpur.

“Kami turut megalu-alukan sambutan para pemuzik yang meminati permainan Dewa Budjana, Thomas Ramdhan dan Gusti Hendy serta kemantapan vokal Armand Maulana,” ujar Azroy Ramli selaku Pegawai Eksekutif Tanjak Adventure & Tour.

“Buat GigiKita pula, sudah lama mereka menunggu masa untuk bertemu dengan para peminat di Malaysia. Sudah lama benar kita semua tidak bertemu. Jadi jangan lupa untuk berjumpa di ‘Gigi: Nakal Di Kuala Lumpur’ pada 5 November ini,” ujar Gigi.

Tiket-tiket berharga RM180 (BUDJANA- Free standing), RM200 (ARMAND- free standing) RM250 (HENDY- UPPER DECK), RM350 (THOMAS- UPPER DECK) dan RM450 (NAKAL- Meet and Greet) di www.myticket.asia bermula Rabu, 24 Ogos 2022, pukul 10 pagi.

Para peminat juga boleh menghubungi talian 03-8605 0196 serta hotline menerusi 019 7860 144 untuk maklumat lanjut, – KOSMO! ONLINE

KUMPULAN Gigi kini memasuki tahun ke-28 penubuhannya.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI